[1] Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di Rumah-Nya! Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!
[2] Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa! Pujilah keagungan-Nya!
[3] Pujilah Dia dengan trompet! Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!
[4] Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian! Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!
[5] Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting! Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!
[6] Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup! Pujilah TUHAN!
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150