Skip to content
Opens in a new window

[1] Aku mengasihi TUHAN, kerana Dia mendengar seruanku; Dia mendengar permintaanku.

[2] Dia mendengar aku setiap kali aku berseru kepada-Nya.

[3] Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.

[4] Lalu aku berseru kepada TUHAN, “Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.”

[5] TUHAN itu pengasih dan adil; Allah kita penuh belas kasihan.

[6] TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya; ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.

[7] Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku.

[8] TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut; Dia menghentikan air mataku dan tidak membiarkan aku dikalahkan.

[9] Maka aku hidup di hadirat TUHAN, di dunia orang yang hidup.

[10] Aku tetap percaya, walaupun aku berkata, “Aku dikalahkan sama sekali.”

[11] Walaupun dalam kecemasan aku berkata, “Tiada seorang pun yang boleh dipercayai.”

[12] Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya terhadap aku?

[13] Aku akan memberikan persembahan wain kepada TUHAN, untuk bersyukur kepada-Nya kerana Dia menyelamatkan aku.

[14] Di hadapan semua umat-Nya, aku akan menunaikan janjiku kepada-Nya.

[15] TUHAN sangat sedih apabila orang yang setia kepada-Nya mati.

[16] Aku ini hamba-Mu, ya TUHAN; aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu. Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut.

[17] Aku akan mempersembahkan korban syukur kepada-Mu, dan aku akan berdoa kepada-Mu.

[18] Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan semua umat-Nya,

[19] di halaman Rumah TUHAN, di kota Yerusalem. Pujilah TUHAN!

Mazmur — Chapters