[1] Lagu ziarah oleh Daud. Bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita? Jawablah, hai Israel!
[2] “Jika TUHAN tidak memihak kita, ketika musuh menyerang kita,
[3] tentu mereka sudah menelan kita hidup-hidup kerana kemarahan mereka menyala-nyala;
[4] tentu kita sudah dihanyutkan banjir, dan kita digenangi air;
[5] tentu kita sudah mati lemas dalam air yang deras.”
[6] Marilah kita bersyukur kepada TUHAN, yang tidak membiarkan musuh membinasakan kita.
[7] Kita seperti burung yang lepas dari jerat pemburu; jerat itu sudah dirosakkan dan kita pun bebas!
[8] Pertolongan kita datang daripada TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150