Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

[2] Dengarlah seruanku, ya Allah, dengarlah doaku!

[3] Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,

[4] kerana Engkaulah pelindungku, pertahanan yang kuat terhadap musuhku.

[5] Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku; supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu.

[6] Ya Allah, Engkau telah mendengar janjiku, dan memberikan pusaka orang yang menghormati Engkau kepadaku.

[7] Lanjutkanlah usia raja, semoga kerajaannya berlanjutan turun-temurun.

[8] Semoga raja memerintah selama-lamanya di hadirat-Mu; ya Allah, lindungilah raja dengan kesetiaan dan kasih-Mu.

[9] Maka aku akan selalu menyanyikan pujian kepada-Mu, dan setiap hari aku akan menepati janjiku.

Mazmur — Chapters