[1] Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.
[2] Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka! Janganlah hukum aku ketika Engkau marah!
[3] Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat; pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih.
[4] Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?
[5] TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu.
[6] Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.
[7] Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; bantalku dibasahi air mata.
[8] Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.
[9] Nyahlah, hai orang jahat! TUHAN mendengar tangisanku;
[10] Dia mendengar permohonanku, dan mengabulkan doaku.
[11] Semua musuhku akan cemas dan malu dan segera mundur dengan tersipu-sipu.