[1] Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.
[2] Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi.
[3] Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi.
[4] Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; kasih-Nya kekal abadi.
[5] Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; kasih-Nya kekal abadi.
[6] Dia menghamparkan bumi di atas air; kasih-Nya kekal abadi.
[7] Dia menjadikan matahari dan bulan; kasih-Nya kekal abadi.
[8] Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; kasih-Nya kekal abadi.
[9] Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam; kasih-Nya kekal abadi.
[10] Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir; kasih-Nya kekal abadi.
[11] Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir; kasih-Nya kekal abadi.
[12] Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; kasih-Nya kekal abadi.
[13] Dia membelah Laut Gelagah; kasih-Nya kekal abadi.
[14] Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu; kasih-Nya kekal abadi;
[15] tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya; kasih-Nya kekal abadi.
[16] Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; kasih-Nya kekal abadi.
[17] Dia membunuh raja-raja yang berkuasa; kasih-Nya kekal abadi.
[18] Dia membunuh raja-raja yang termasyhur; kasih-Nya kekal abadi.
[19] Dia membunuh Sihon, raja orang Amori; kasih-Nya kekal abadi.
[20] Dia membunuh Og, raja negeri Basan; kasih-Nya kekal abadi.
[21] Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya; kasih-Nya kekal abadi.
[22] Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya; kasih-Nya kekal abadi.
[23] Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi.
[24] Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita; kasih-Nya kekal abadi.
[25] Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup; kasih-Nya kekal abadi.
[26] Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; kasih-Nya kekal abadi.