[1] Mazmur Asaf. Allah mengetuai sidang di syurga; di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
[2] “Jangan hakimi orang dengan tidak adil, dan jangan berpihak kepada orang jahat.
[3] Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
[4] Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
[5] Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu! Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.
[6] Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.
[7] Namun kamu akan mati seperti manusia; nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa.”
[8] Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia; semua bangsa kepunyaan-Mu.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150