Skip to content
Opens in a new window

[1] Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

[2] Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

[3] Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

[4] walaupun laut mengamuk dan bergelora, dan gunung bergoncang dengan kuatnya.

[5] Ada sebatang sungai yang menggembirakan kota Allah, tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.

[6] Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan; ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya.

[7] Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar; ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.

[8] TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub melindungi kita.

[9] Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN. Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.

[10] Dia menghentikan perang di seluruh dunia; Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing, dan membakar perisai.

[11] Dia berfirman, “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Allah, yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.”

[12] TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub melindungi kita.

Mazmur — Chapters