[1] Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;
[2] Dia lebih mengasihi kota Yerusalem daripada tempat lain di Israel.
[3] Dengarlah, hai kota Allah, hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:
[4] “Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia, akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.”
[5] Tentang Sion, akan dikatakan bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.
[6] TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, dalam senarai penduduk Yerusalem.
[7] Mereka akan menari dan menyanyi, “Sionlah sumber segala berkat kami.”
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150