Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur puak Korah.

[2] Ya TUHAN, Engkau berbelas kasihan terhadap negeri-Mu; Engkau telah menjadikan Israel makmur semula.

[3] Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu dan memaafkan segala kesalahan mereka.

[4] Engkau tidak murka lagi terhadap mereka, dan telah menahan kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.

[5] Pulihkanlah kami, ya Allah penyelamat kami, jangan murka lagi kepada kami.

[6] Adakah Engkau akan murka kepada kami selama-lamanya? Adakah kemurkaan-Mu tidak akan padam?

[7] Kuatkanlah kami semula, lalu kami, umat-Mu akan memuji Engkau.

[8] Tunjukkanlah bahawa Engkau tetap mengasihi kami, tolonglah dan selamatkanlah kami, ya TUHAN.

[9] Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah; Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya, jika kita tidak kembali berbuat dosa.

[10] Pasti Dia akan menyelamatkan orang yang menghormati Dia, supaya Allah yang agung tinggal di negeri kita.

[11] Kasih dan kesetiaan akan bertemu; keadilan dan kesejahteraan akan berdampingan.

[12] Kesetiaan manusia akan naik dari bumi, dan keadilan Allah akan menjenguk dari syurga.

[13] TUHAN akan menjadikan kita makmur, dan tanah kita akan mengeluarkan hasil yang banyak.

[14] Keadilan akan mendahului TUHAN, dan menyediakan jalan untuk-Nya.

Mazmur — Chapters