Skip to content
Opens in a new window

[1] Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah, dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana; jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.

[2] Engkaulah pelindungku; mengapakah Engkau meninggalkan aku? Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita akibat kekejaman musuhku?

[3] Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benar untuk menyinari dan membimbing aku, agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci, dan ke tempat kediaman-Mu.

[4] Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku; aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!

[5] Mengapakah aku sedih? Mengapakah aku gelisah? Aku akan berharap kepada Allah, dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Allahku dan penyelamatku.

Mazmur — Chapters