Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

[2] Jawablah apabila aku berseru, ya Allah, Pembelaku! Ketika aku susah dahulu, Engkau datang menolong aku. Sekarang kasihanilah aku, dan dengarlah doaku!

[3] Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu, dan mengejar yang palsu?

[4] Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

[5] Ketika kamu marah, jangan berdosa. Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri, sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.

[6] Persembahkanlah korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.

[7] Banyak orang berdoa, “Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. Semoga Engkau berkenan kepada kami.”

[8] Engkau membuat hatiku lebih girang daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.

[9] Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram; Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.

Mazmur — Chapters