Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 0:48

[1] Pujilah Tuhan! Pujilah Allah di tempat suci-Nya; pujilah Dia dalam langit-Nya yang perkasa.

[2] Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat; pujilah Dia kerana kebesaran-Nya yang unggul.

[3] Pujilah Dia dengan bunyi sangkakala, pujilah Dia dengan gambus dan kecapi,

[4] pujilah Dia dengan tamborin dan tarian, pujilah Dia dengan alat bertali dan seruling,

[5] pujilah Dia dengan simbal yang gempita, pujilah Dia dengan simbal yang gemerencing.

[6] Setiap yang bernafas, pujilah Tuhan. Pujilah Tuhan!

Mazmur — Chapters