[1] Peliharakan aku, ya Allah, aku bernaung kepada-Mu.
[2] Wahai rohku, kau telah berkata kepada Tuhan, "Engkaulah Tuhanku; tiada kebaikan bagiku selain Engkau."
[3] Dan orang salih di bumi ini, merekalah manusia terpuji yang membuatku sukacita.
[4] Orang yang menyembah tuhan lain akan berganda deritanya. Aku tidak akan menerima persembahan minuman korban darah daripada mereka dan tidak akan menyebut nama mereka.
[5] Ya Tuhan, Engkaulah warisan dan cawanku; Engkau memberiku rezeki untuk hidup.
[6] Garis ukur terjatuh bagiku di tempat yang indah; sesungguhnya, warisan pusakaku sungguh baik.
[7] Aku memuji Tuhan yang telah membimbingku; sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku.
[8] Aku sentiasa menurut panduan Tuhan. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah.
[9] Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; jasadku juga akan tenteram dalam harapan,
[10] kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.
[11] Engkau akan menunjukkan aku jalan hidup; di hadirat-Mu sepenuh bahagia dirasai, di tangan kanan-Mu nikmat dikecapi selama-lamanya.