Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:00

[1] Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.

[2] Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang,

[3] Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.

[4] Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.

[5] Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.

[6] Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.

Mazmur — Chapters