Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 0:57

[1] Kalaulah tidak kerana Tuhan yang memihak kami – biarlah Israel berkata sekarang –

[2] kalaulah tidak kerana Tuhan yang memihak kepada kami ketika orang bangkit menentang kami,

[3] tentulah mereka menelan kami hidup-hidup, apabila kemarahan mereka dinyalakan terhadap kami;

[4] tentulah air menguasai kami, arus menenggelamkan jiwa kami,

[5] maka air yang naik melimpah tentu menenggelamkan jiwa kami.

[6] Terpujilah Tuhan, yang tidak menyerahkan kami sebagai mangsa ke rahang mereka.

[7] Jiwa kami telah terlepas seperti burung daripada jerat pemikat; jerat telah koyak, dan kami telah terlepas.

[8] Kami mendapat pertolongan daripada nama Tuhan, yang telah menjadikan langit dan bumi.

Mazmur — Chapters