Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 0:47

[1] Bersorak rianglah kepada Tuhan, wahai seluruh bumi.

[2] Sembahlah Tuhan dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian.

[3] Ketahuilah bahawa Tuhan, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.

[4] Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.

[5] Kerana Tuhan baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya; dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.

Mazmur — Chapters