Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:01

[1] Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu.

[2] Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku.

[3] Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku – mereka tidak ingat akan Allah. Sela

[4] Allah menolong aku; Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku.

[5] Allah akan membalas kejahatan musuhku; akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya.

[6] Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan; aku akan memuji nama-Mu, ya Tuhan, yang penuh kebaikan.

[7] Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela

Mazmur — Chapters