[1] Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku.
[2] Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.
[3] Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.
[4] Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela
[5] Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu.
[6] Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun.
[7] Dia akan berada di hadirat Allah selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya.
[8] Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari. Sela