Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:00

[1] Sungguh baik mengucap syukur kepada Tuhan dan menyanyikan pujian untuk nama-Mu, wahai Yang Maha Tinggi,

[2] mengisytiharkan kasih-Mu sewaktu pagi dan kesetiaan-Mu setiap malam,

[3] diiringi alat muzik bertali sepuluh, gambus dan irama kecapi.

[4] Kerana Engkau, ya Tuhan, telah membuatku sukacita dengan ciptaan-Mu; aku akan berbangga dengan hasil kerja tangan-Mu.

[5] Ya Tuhan, betapa agung hasil kerja-Mu, fikiran-Mu sungguh dalam!

[6] Orang cetek akal tidak mengetahuinya, dan orang bodoh tidak memahaminya,

[7] apabila orang zalim tumbuh seperti rumput dan apabila semua pembuat dosa hidup mewah, ini adalah supaya mereka dimusnahkan untuk selama-lamanya.

[8] Tetapi Engkau, ya Tuhan, Maha Tinggi selama-lamanya.

[9] Kerana sesungguhnya, musuh-Mu, ya Tuhan, kerana sesungguhnya musuh-Mu akan binasa; semua pembuat dosa akan kucar-kacir.

[10] Tetapi Engkau telah meninggikan tandukku seperti lembu liar; aku telah diurapi dengan minyak yang baru.

[11] Mataku telah melihat kehendakku berlaku kepada musuhku; telingaku telah mendengar kehendakku berlaku kepada orang zalim yang bangkit menentangku.

[12] Orang yang benar akan subur seperti pokok palma, dia akan tumbuh seperti pokok araz di Lebanon;

[13] semua yang ditanam di rumah Tuhan, akan subur di pekarangan Allah kita.

[14] Mereka akan tetap berbuah pada usia tua, mereka akan tetap segar dan subur,

[15] untuk mengisytiharkan bahawa Tuhan adalah tulus; Dia Batu Pejalku, dan Dia sentiasa benar.

Mazmur — Chapters