Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:09

[1] Allah berdiri dalam perhimpunan perkasa; Dia menghakimi antara "hakim-hakim syurga":

[2] "Berapa lamakah kamu akan menghakimi dengan tidak adil dan memihak kepada orang zalim? Sela

[3] Belalah orang miskin dan anak yatim; lakukanlah keadilan kepada orang yang miskin dan ditindas.

[4] Selamatkan orang yang lemah dan sesak; lepaskan mereka daripada tangan orang zalim.

[5] "Mereka tidak tahu, dan tidak mengerti. Mereka merayau dalam kegelapan; semua asas bumi sudah goyah.

[6] "Aku berkata, 'Kamu ialah "tuhan"; dan kesemua kamu ialah anak Yang Maha Tinggi.'

[7] Tetapi kamu akan mati seperti manusia; dan jatuh seperti seorang anak raja."

[8] Bangkitlah, ya Allah, hakimilah bumi, kerana semua bangsa ialah warisan-Mu.

Mazmur — Chapters