Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:52

[1] Kepada-Mu, ya Tuhan, kuserahkan jiwaku;

[2] Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku malu, janganlah biarkan musuhku menewaskan diriku.

[3] Sesungguhnya, janganlah biarkan sesiapa yang menantikan-Mu menanggung malu, biarlah yang dimalukan itu mereka yang berbuat khianat tanpa sebab.

[4] Tunjukkanlah aku jalan-Mu, ya Tuhan, ajarkanlah aku mengikut jalan-Mu;

[5] bimbinglah aku kepada kebenaran-Mu dan ajarlah aku, kerana Engkaulah Allah Penyelamatku, Engkau kunantikan sepanjang waktu.

[6] Ingatilah, ya Tuhan, belas kasihan-Mu yang lembut mesra, kerana segalanya dari zaman dahulu.

[7] Janganlah ingati dosaku di usia muda dan keingkaranku; ingatilah aku dengan kasih-Mu, demi kebaikan-Mu, Ya Tuhan.

[8] Tuhan baik dan tulus; maka Dia mengajar orang berdosa jalan yang benar.

[9] Dia membimbing orang yang rendah hati dalam keadilan dan mengajar mereka jalan-Nya.

[10] Semua jalan Tuhan adalah kasih dan kebenaran bagi mereka yang berpegang kepada perjanjian dan peraturan-Nya.

[11] Demi nama-Mu, ya Tuhan ampunkanlah kejahatanku, walaupun amat besar.

[12] Siapakah manusia yang takut akan Tuhan? Tuhan akan mengajarnya di jalan pilihan-Nya.

[13] Orang itu akan hidup makmur, dan zuriatnya akan mewarisi bumi ini.

[14] Rahsia Tuhan ada pada mereka yang takut kepada-Nya; dan Dia akan menunjukkan mereka perjanjian-Nya.

[15] Mataku sentiasa ke arah Tuhan, kerana Dia akan melepaskan kakiku daripada jerat.

[16] Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku, kerana aku sepi dan sengsara.

[17] Kesusahan hatiku telah bertambah; bawalah aku keluar daripada segala derita ini.

[18] Lihatlah kesengsaraan dan keazabanku dan ampunkanlah segala dosaku.

[19] Perhatikanlah segala musuhku yang amat ramai mereka membenciku dengan kebencian yang kejam!

[20] Peliharakanlah jiwaku, selamatkanlah aku; jangan biarkan aku malu, aku berlindung kepada-Mu.

[21] Biar keikhlasan dan ketulusan memeliharaku, aku setia menanti-Mu.

[22] Tebuslah Israel, ya Allah, daripada segala kesusahan mereka!

Mazmur — Chapters