[1] Tuhan, Engkau telah meredai tanah-Mu; Engkau telah membawa Yakub pulang daripada tawanan.
[2] Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu Engkau telah menghapuskan semua dosa mereka. Sela
[3] Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.
[4] Pulihkanlah kami, ya Allah Penyelamat kami, dan padamkanlah kemarahan-Mu terhadap kami.
[5] Akan marahkah Engkau kepada kami selama-lamanya? Akan Kauteruskankah kemarahan-Mu turun-temurun?
[6] Tidakkah Engkau mahu memulihkan kami, supaya umat-Mu dapat bergembira kerana-Mu?
[7] Tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada kami, ya Tuhan, dan kurniai kami penyelamatan-Mu.
[8] Aku akan mendengar firman Allah, Tuhan; kerana Dia akan melafazkan sejahtera kepada umat-Nya dan orang warak-Nya – tetapi janganlah mereka kembali kepada kebodohan mereka.
[9] Sesungguhnya, penyelamatan-Nya dekat kepada mereka yang takut kepada-Nya, supaya kemuliaan menetap di tanah kita.
[10] Kasih sayang dan kesetiaan telah bertemu; Perbenaran dan sejahtera telah berdakapan.
[11] Kesetiaan akan muncul dari bumi, dan perbenaran akan memandang ke bawah dari syurga.
[12] Ya, Tuhan akan memberikan apa yang baik, dan tanah kita akan bertambah makmur.
[13] Perbenaran akan berjalan di hadapan-Nya dan menjadikan jejak langkah-Nya jalan untuk kita turuti.