Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:03

[1] Pertahankan kebenaranku, ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim.

[2] Kerana Engkaulah Allah kekuatanku. Mengapa Engkau menyingkiri aku? Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuhku?

[3] Hantarlah cahaya-Mu dan kebenaran-Mu, untuk membimbingku; membawaku ke bukit suci-Mu, dan ke khemah-Mu.

[4] Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga. Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, Ya Allah, ya Allahku.

[5] Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.

Mazmur — Chapters