Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:11

[1] Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku, "Marilah kita masuk ke rumah Tuhan."

[2] Kaki kami telah berjejak dalam kawasanmu, wahai Yerusalem.

[3] Yerusalem telah dibina sebagai kota yang padu padat dan mampat.

[4] Di sana suku-suku pergi, suku-suku umat Tuhan, untuk mengucap syukur kepada nama Tuhan selaras dengan peraturan bagi Israel.

[5] Takhta-takhta ditempatkan di situ untuk penghakiman, takhta-takhta keluarga Daud.

[6] Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: "Semoga makmur mereka yang mengasihimu.

[7] Semoga kesejahteraan meliputi kawasanmu dan kemakmuran memenuhi istana-istanamu."

[8] Untuk saudara-saudara dan teman-temanku, aku akan berkata sekarang, "Semoga sejahtera di dalammu."

[9] Kerana Rumah Allah Tuhan kita, aku akan berusaha untuk kebaikanmu.

Mazmur — Chapters