Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:56

[1] Selamatkan aku daripada musuhku, ya Allah; pertahankan aku daripada mereka yang bangkit menyerangku.

[2] Selamatkan aku daripada orang yang melakukan kejahatan dan lindungi aku daripada manusia yang dahagakan darah.

[3] Lihatlah, mereka mengendap menanti untuk meragut nyawaku! Orang yang berkuasa berpakat menentangku bukan kerana apa-apa kesalahan atau dosaku, ya Tuhan.

[4] Mereka bersiap-siap menyerangku, sedangkan aku tidak bersalah. Bangunlah untuk menolongku; lihatlah!

[5] Ya Tuhan, Allah alam semesta ialah Allah Israel, bangunlah dan hukumlah segala bangsa itu; jangan kasihani mereka yang zalim dan berdosa. Sela

[6] Pada waktu senja mereka datang lagi, menderam seperti anjing, dan mengelilingi kota.

[7] Mulut mereka meluahkan kata-kata – yang tajam seperti pedang, mereka menyangka tiada siapa yang mendengar.

[8] Tetapi Engkau, ya Tuhan, akan mentertawakan mereka; Engkau akan menjadikan segala bangsa itu bahan ejekan.

[9] Ya, Kekuatanku, aku akan menanti-Mu dengan penuh keyakinan; Ya Allah Yang Maha Kuasa, Allah Pelindungku.

[10] Allah yang mengasihiku akan datang kepadaku Allah akan menunaikan permohonanku tentang musuhku.

[11] Jangan terus matikan mereka, takut nanti kaumku lupa. Pecah-belahkan mereka dengan kekuasaan-Mu, dan jatuhkan mereka, ya Tuhan, perisai pelindung kami.

[12] Kerana kelancangan mulut mereka, melemparkan kata-kata berdosa, biarlah mereka disambar di tengah-tengah keangkuhan mereka. Dan kerana mereka menyumpah dan berdusta,

[13] musnahkan mereka dalam kemurkaan-Mu, musnahkan mereka, supaya mereka tidak wujud lagi. Dan tunjukkan bahawa Allah memerintah dalam Yakub, dan setiap pelosok bumi. Sela

[14] Pada waktu senja mereka datang lagi, mereka menderam seperti anjing, dan mengelilingi kota.

[15] Mereka merayau-rayau mencari makanan dan melolong jika tidak kenyang.

[16] Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuasaan-Mu, ya, aku akan menyanyi setiap pagi dengan nyaring tentang kasih-Mu; kerana Engkau pelindungku, dan penaungku pada waktu kesusahan.

[17] Untuk-Mu, ya Allah, kekuatanku, aku akan menyanyikan puji-pujian; kerana Allah Pelindungku, Allah yang mengasihiku.

Mazmur — Chapters