[1] Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu, Ya Allahku yang benar. Kurangkan penderitaanku; kasihanilah aku dan dengar doaku.
[2] Berapa lamakah, hai manusia, kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban? Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya dan mencari tuhan-tuhan palsu? Sela
[3] Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya; Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
[4] Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa; ketika di tempat tidurmu, sorotilah hatimu dalam senyap sepi. Sela
[5] Persembahkan korban-korban yang benar dan percayalah kepada Tuhan.
[6] Ramai yang bertanya, "Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?" Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, ya Tuhan.
[7] Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan lebih daripada ketika biji-bijian dan air anggur baru mereka mewah melimpah.
[8] Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera, kerana hanya Engkau, Ya Tuhan, membolehkan aku tinggal dengan selamat.