Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:31

[1] Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.

[2] Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu.

[3] Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu.

[4] Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu.

[5] Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita.

[6] Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam.

[7] Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira.

[8] Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.

[9] Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi.

[10] Mereka mati ditikam pedang mereka akan menjadi habuan serigala.

[11] Raja akan bersukacita kerana Allah; setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya, tetapi mulut pendusta akan dibisukan.

Mazmur — Chapters