Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:24

[1] Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa.

[2] Aku akan berkata tentang Tuhan, "Dialah penaungku dan bentengku, Allahku, akan kupercaya kepada-Nya."

[3] Sesungguhnya, Dia akan melepaskan kamu daripada jerat pemikat dan wabak yang berbahaya.

[4] Dia akan melitupimu dengan bulu-Nya, dan di bawah sayap-Nya kamu akan bernaung; kesetiaan-Nya akan menjadi perisai dan peneguhmu.

[5] Engkau tidak akan takut kepada sesuatu yang ngeri sewaktu malam, atau anak panah yang meluru sewaktu siang,

[6] atau wabak yang merayap dalam kegelapan, atau kemusnahan yang melanda pada waktu tengah hari.

[7] Seribu orang mungkin rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi maut tidak akan mendekatimu.

[8] Hanya dengan matamu kamu akan memandang dan melihat balasan kepada orang zalim.

[9] Kerana engkau telah menjadikan Tuhan tempat engkau menetap – Yang Maha Tinggi tempat aku bernaung –

[10] kejahatan tidak akan menimpamu, dan wabak tidak akan mendekati tempat tinggalmu.

[11] Kerana Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjagamu untuk memeliharamu walau di mana kamu berada.

[12] Mereka akan menatangmu, supaya kakimu tidak tersandung batu.

[13] Engkau akan memijak singa dan ular tedung; singa muda dan ular berbisa akan kaulanyak di bawah kaki.

[14] "Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku.

[15] Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.

[16] Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku."

Mazmur — Chapters