Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:18

[1] Tolonglah, ya Tuhan, kerana tiada lagi orang yang warak; orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia.

[2] Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan, dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.

[3] Semoga Tuhan memotong bibir yang memuji palsu dan lidah yang bertutur angkuh

[4] yang berkata, "Kami akan berkuasa dengan lidah kami; bibir kami kepunyaan kami – siapa yang berkuasa atas kami?"

[5] "Kerana orang miskin ditindas dan kerana orang sesak merintih, Aku akan bangkit sekarang," firman Tuhan. "Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini."

[6] Firman Tuhan adalah murni, seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali.

[7] Engkau akan memelihara mereka, ya Tuhan, dan melindungi mereka daripada orang zaman ini selama-lamanya.

[8] Orang zalim merayau angkuh merata-rata ketika kekejian disanjung dalam kalangan anak manusia.

Mazmur — Chapters