Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 4:23

[1] Inilah daftar salasilah keluarga Adam. Pada waktu penciptaan makhluk manusia, Allah menjadikannya menurut rupa Allah.

[2] Dia menciptakan lelaki dan perempuan, lalu Dia memberkati mereka dan menamai mereka "manusia."

[3] Setelah Adam hidup 130 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki menurut rupa dan gambarannya. Dia menamai anak itu Set

[4] Selepas kelahiran Set, Adam hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[5] Setelah mencapai usia 930 tahun, Adam pun meninggal.

[6] Setelah Set hidup 105 tahun, lahirlah baginya Enos.

[7] Selepas kelahiran Enos, Set hidup 807 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[8] Setelah mencapai usia 912 tahun, Set pun meninggal.

[9] Setelah Enos hidup 90 tahun, lahirlah baginya Kenan.

[10] Selepas kelahiran Kenan, Enos hidup 815 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[11] Setelah mencapai usia 905 tahun, Enos pun meninggal.

[12] Setelah Kenan hidup 70 tahun, lahirlah baginya Mahalaleel.

[13] Selepas kelahiran Mahalaleel, Kenan hidup 840 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.

[14] Setelah mencapai usia 910 tahun, Kenan pun meninggal.

[15] Setelah Mahalaleel hidup 65 tahun, lahirlah baginya Yared.

[16] Selepas kelahiran Yared, Mahalaleel hidup 830 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[17] Setelah mencapai usia 895 tahun, Mahalaleel pun meninggal.

[18] Setelah Yared hidup 162 tahun, lahirlah baginya Henokh.

[19] Selepas kelahiran Henokh, Yared hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[20] Setelah Yared mencapai usia 962 tahun, dia pun meninggal.

[21] Setelah Henokh hidup 65 tahun, lahirlah baginya Metusalah.

[22] Selepas kelahiran Metusalah, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[23] Jadi, Henokh hidup selama 365 tahun.

[24] Henokh hidup akrab dengan Allah dan sesudah itu ghaiblah Henokh kerana Allah membawanya pergi.

[25] Setelah Metusalah hidup 187 tahun, lahirlah baginya Lamekh.

[26] Selepas kelahiran Lamekh, Metusalah hidup 782 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[27] Setelah Metusalah mencapai usia 969, dia pun meninggal.

[28] Setelah Lamekh hidup 182 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki.

[29] Dia menamainya Nuh, katanya, "Anak ini akan membawa keselesaan selepas kita bekerja berpenat lelah di tanah yang telah Tuhan kutuk."

[30] Selepas kelahiran Nuh, Lamekh hidup 595 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

[31] Setelah Lamekh mencapai usia 777 tahun, dia pun meninggal.

[32] Setelah Nuh berusia 500 tahun, lahirlah baginya Sem, Ham, dan Yafet.

Kejadian — Chapters