[1] Inilah keturunan anak-anak Nuh, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Kepada mereka, lahirlah anak-anak lelaki selepas banjir besar itu.
[2] Keturunan Yafet ialah Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
[3] Keturunan Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma.
[4] Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.
[5] Daripada mereka inilah tersebar bangsa-bangsa daerah pesisir. Mereka hidup di tanah mereka sendiri, masing-masing dengan bahasa, kaum keluarga dan bangsa mereka.
[6] Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put, dan Kanaan.
[7] Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema ialah Syeba dan Dedan.
[8] Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.
[9] Dia seorang pemburu yang perkasa di hadapan Tuhan. Itulah sebabnya dikatakan orang, "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang perkasa di hadapan Tuhan."
[10] Wilayah utama kerajaannya terdiri daripada Babel, Erekh, Akad, dan Kalne, yang kesemuanya terletak di Tanah Sinear.
[11] Dari situ dia pergi ke Asyur, lalu membina Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,
[12] dan Resen yang terletak di antara Niniwe dengan Kalah; iaitu kota raya yang besar.
[13] Misraim beranakkan: Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
[14] Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.
[15] Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het.
[16] Keturunan Kanaan yang lain ialah orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,
[17] orang Hewi, orang Arki, orang Sini,
[18] orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Kemudian tersebarlah kaum-kaum orang Kanaan itu.
[19] Daerah orang Kanaan terbentang dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, kemudian ke arah Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.
[20] Itulah keturunan Ham menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka dan bangsa mereka.
[21] Lahirlah pula anak-anak bagi Sem, iaitu abang kepada Yafet, bapa leluhur seluruh bani Eber.
[22] Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.
[23] Keturunan Aram: Us, Hul, Geter, dan Mas.
[24] Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber.
[25] Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan.
[26] Yoktan beranakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,
[27] Hadoram, Uzal, Dikla,
[28] Obal, Abimael, Syeba,
[29] Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan.
[30] Tempat kediaman mereka terbentang dari Mesa ke arah Sefar, iaitu pergunungan di sebelah timur.
[31] Itulah keturunan Sem menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka, dan bangsa mereka.
[32] Maka itulah susur galur kaum keluarga anak-anak Nuh menurut salasilah keturunan mereka dan bangsa mereka. Daripada mereka inilah bangsa-bangsa tersebar di bumi ini selepas banjir besar itu.