Skip to content
Opens in a new window

[1] Kamu semua begitu bijak, begitu pandai; sekarang dengarlah kata-kataku ini.

[3] Orang tahu makanan yang sedap ketika merasanya; dan kata-kata yang bijak apabila mendengarnya.

[4] Persoalan ini harus kita periksa, lalu kita putuskan bersama-sama.

[5] Ayub berkata, ‘Aku tidak bersalah, tetapi Allah tidak memberikan keadilan kepadaku.

[6] Aku dianggap berdusta, kerana mengatakan aku benar. Aku cedera parah, tetapi aku tidak bersalah.’

[7] Pernahkah kamu melihat orang seperti Ayub ini? Dia menghina Allah berkali-kali.

[8] Dia gemar akan orang jahat sebagai teman, dan orang durjana sebagai kawan.

[9] Dia berkata bahawa tiada gunanya diperkenankan Allah.

[10] Hai orang pandai, dengarlah! Adakah Allah Yang Maha Kuasa melakukan hal yang salah?

[11] Dia membalas manusia setimpal dengan perbuatan mereka dan memperlakukan mereka dengan sepatutnya.

[12] Allah Yang Maha Kuasa tidak melakukan kejahatan; semua orang diberikan-Nya keadilan.

[13] Adakah Allah mendapatkan kuasa-Nya daripada sesiapa? Adakah sesiapa yang menugaskan Dia untuk menguasai dunia?

[14] Jika Allah mencabut nyawa manusia, dan mengambil kembali nafas hidup mereka,

[15] maka matilah semua orang yang bernyawa, dan manusia menjadi debu semula.

[16] Jika kamu arif, perhatikanlah, pasanglah telinga dan dengarlah.

[17] Jika Allah membenci keadilan, Dia tidak patut memerintah. Adakah kamu menyalahkan Allah yang adil dan perkasa?

[18] Allah menyalahkan pemerintah dan raja, apabila mereka berbuat jahat dan derhaka.

[19] Allah menciptakan setiap insan; Dia tidak menyebelahi raja, atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.

[20] Orang mungkin mati pada waktu malam dengan tiba-tiba. Allah menjatuhkan hukuman kepada manusia dan mereka pun binasa; Dia membunuh yang perkasa dengan mudah sahaja.

[21] Dia memperhatikan kelakuan manusia, dan meneliti semua langkah mereka.

[22] Tiada kegelapan yang cukup gelapnya untuk menyembunyikan orang berdosa.

[23] Allah tidak perlu menentukan masa untuk mengadili manusia.

[24] Dia tidak perlu menyelidiki dan menyiasat penguasa sebelum memecat mereka, dan mengangkat pengganti mereka.

[25] Kerana Dia tahu apa yang dilakukan mereka, Dia menggulingkan mereka pada waktu malam dan memusnahkan mereka.

[26] Dia menghukum orang berdosa di hadapan orang ramai,

[27] kerana mereka tidak lagi mengikut Dia; dan mereka tidak mengendahkan segala perintah-Nya.

[28] Mereka menyebabkan orang miskin berseru kepada Allah, dan Allah mendengar seruan mereka.

[29] Jika Allah membuat keputusan untuk diam sahaja, tiada sesiapa pun dapat mengecam Dia. Jika Dia menyembunyikan muka-Nya, tidak sesiapa pun dapat menemukan Dia.

[30] Maka bangsa-bangsa tidak berdaya untuk menghalang penindas daripada menguasai mereka.

[31] Ayub, sudahkah engkau mengakui kesalahanmu kepada Allah? Sudahkah engkau berjanji tidak akan berdosa semula?

[32] Sudahkah engkau meminta Allah menunjukkan kesalahan yang tidak engkau ketahui? Sudahkah engkau bersetuju menghentikan kejahatan itu?

[33] Oleh sebab engkau tidak menyetujui perbuatan Allah, engkau tidak boleh mengharapkan Dia mengabulkan kehendakmu. Engkaulah yang harus membuat keputusan, bukan aku; beritahulah kami pendapatmu.

[34] Setiap orang yang berakal pasti akan bersetuju; setiap orang bijak yang mendengar aku akan berkata

[35] bahawa Ayub bercakap tanpa mengerti, dan bahawa kata-katanya tidak mengandung erti.

[36] Jika ucapan Ayub ditinjau dengan cermat, akan nyatalah bahawa dia berkata-kata seperti orang jahat.

[37] Bukan sahaja dia berdosa, malah dia memberontak; dia mengolok-olokkan Allah di hadapan kita.

Ayub — Chapters