Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 5:21

[1] Setelah Daud menjadi tua dan lanjut umur, diangkatnya anaknya, Salomo, menjadi raja atas Israel.

[2] Dia menghimpunkan semua pembesar Israel, imam, dan bani Lewi.

[3] Bani Lewi yang berumur tiga puluh tahun ke atas dihitung, seorang demi seorang. Jumlah mereka seramai tiga puluh lapan ribu orang lelaki.

[4] "Daripada mereka itu, dua puluh empat ribu orang harus mengawasi pekerjaan di Bait Tuhan, enam ribu orang harus menjadi pegawai dan hakim,

[5] empat ribu orang harus menjadi penjaga pintu gerbang, dan empat ribu orang harus menjadi ahli zikir memuji Tuhan dengan alat-alat muzik yang kubuat untuk melagukan puji-pujian," kata Daud.

[6] Daud membahagikan mereka kepada beberapa rombongan menurut anak-anak Lewi, iaitu Gerson, Kehat, dan Merari.

[7] Termasuk orang Gerson: Ladan dan Simei.

[8] Anak-anak Ladan: Yehiel, seorang ketua; Zetam; dan Yo'el – tiga orang.

[9] Anak-anak Simei: Selomit, Haziel, dan Haran – tiga orang. Inilah para ketua kaum keluarga Ladan.

[10] Anak-anak Simei: Yahat, Ziza, Yeus, dan Beria. Keempat-empat mereka itu anak Simei.

[11] Yahat ialah ketua, dan Ziza orang kedua. Yeus dan Beria tidak mempunyai ramai anak sehingga mereka diperhitungkan sebagai satu kaum keluarga.

[12] Anak-anak Kehat: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel – empat orang.

[13] Anak-anak Amram: Harun dan Musa. Harun dan keturunannya dikhususkan untuk mengurus hal-hal yang teramat suci untuk selama-lamanya. Mereka harus membakar dupa di hadapan Tuhan, menyelenggarakan ibadat kepada-Nya, dan mengucapkan berkat dengan nama-Nya untuk selama-lamanya.

[14] Anak-anak Musa, hamba Allah itu, tergolong dalam suku Lewi.

[15] Anak-anak Musa: Gersom dan Eliezer.

[16] Anak Gersom: Sebuel, seorang ketua.

[17] Anak Eliezer: Rehabya, seorang ketua. Eliezer tidak mempunyai anak lain, tetapi anak-anak Rehabya sangat banyak bilangannya.

[18] Anak Yizhar: Selomit, seorang ketua.

[19] Anak-anak Hebron: Yeria, seorang ketua; Amarya, anak kedua; Yahaziel, anak ketiga; dan Yekameam, anak keempat.

[20] Anak-anak Uziel: Mikha, seorang ketua, dan Yisia, anak kedua.

[21] Anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Anak-anak Mahli: Eleazar dan Kish.

[22] Eleazar meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, hanya ada anak perempuan. Kemudian saudara-saudara mereka, anak-anak Kish, memperisteri mereka.

[23] Anak-anak Musi: Mahli, Eder, dan Yeremot – tiga orang.

[24] Itulah bani Lewi menurut kaum keluarga mereka – para ketua kaum keluarga yang didaftarkan menurut nama mereka dan dihitung seorang demi seorang, iaitu mereka yang berumur dua puluh tahun ke atas, para pelaksana pekerjaan ibadat di Bait Tuhan.

[25] Daud memang berfikir, " Tuhan, Allah Israel, telah mengurniakan ketenteraman kepada umat-Nya. Dia akan bersemayam di Yerusalem untuk selama-lamanya.

[26] Dengan demikian, bani Lewi tidak usah lagi mengusung Khemah Suci dan segala alat kelengkapan yang digunakan untuk peribadatannya."

[27] Selaras dengan perintah Daud yang terakhir, mereka yang dicatat daripada bani Lewi ialah yang berumur dua puluh tahun ke atas.

[28] Tugas mereka adalah untuk membantu bani Harun dalam ibadat di Bait Tuhan, mengawasi pelataran dan bilik-bilik, menyucikan semua barang suci, dan melaksanakan ibadat di Rumah Allah.

[29] Mereka juga harus menyediakan roti persembahan, tepung halus untuk persembahan bahan makanan, kuih tipis tidak beragi, bahan panggangan, bahan adunan, serta segala sukatan dan ukuran.

[30] Mereka harus berdiri setiap pagi untuk mengucap syukur dan memuji Tuhan, demikian pula pada petang hari

[31] dan setiap kali korban bakaran dipersembahkan kepada Tuhan. Hal itu pun harus dilakukan secara tetap di hadapan Tuhan pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari perayaan tertentu, menurut jumlah yang ditentukan bagi mereka selaras dengan peraturan.

[32] Mereka berkewajipan mengurus Khemah Pertemuan, mengurus tempat suci, dan membantu bani Harun, saudara-saudara mereka, dalam peribadatan di Bait Tuhan.

1 Tawarikh — Chapters