Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 7:13

[1] Inilah anak-anak Israel: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon,

[2] Dan, Yusuf, Benyamin, Naftali, Gad, dan Asyer.

[3] Anak-anak Yehuda: Er, Onan, dan Syela. Ketiga-tiga anak itu dilahirkan baginya daripada anak perempuan Syua, orang Kanaan. Tetapi Er, anak sulung Yehuda itu, jahat di mata Tuhan sehingga Dia mengambil nyawanya.

[4] Tamar, menantu Yehuda, melahirkan Peres dan Zerah baginya. Jadi, seluruh anak Yehuda ada lima orang.

[5] Anak-anak Peres: Hezron dan Hamul.

[6] Anak-anak Zerah: Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara. Kesemuanya ada lima orang.

[7] Anak Karmi: Ahar, yang mendatangkan kesukaran kepada orang Israel kerana kemungkarannya dalam perihal barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan.

[8] Anak Etan: Azarya.

[9] Anak-anak yang lahir bagi Hezron: Yerahmeel, Ram, dan Khelubai.

[10] Ram beranakkan Aminadab; turun-temurunnya ialah Nahason (pemimpin bani Yehuda),

[11] Salma, Boas,

[12] Obed, Isai.

[13] Isai beranakkan: Eliab, anak sulungnya; Abinadab, anak kedua; Simea, anak ketiga;

[14] Netaneel, anak keempat; Radai, anak kelima;

[15] Ozem, anak keenam; dan Daud, anak ketujuh.

[16] Para saudara perempuan mereka ialah Zeruya dan Abigail. Selanjutnya tiga orang anak lelaki Zeruya ialah Abisai, Yoab, dan Asael.

[17] Abigail melahirkan Amasa dan ayah Amasa ialah Yeter, orang Ismael.

[18] Kaleb anak Hezron beranakkan daripada Azuba, isterinya, (dan daripada Yeriot). Inilah anak-anak Azuba: Yesyer, Sobab, dan Ardon.

[19] Setelah Azuba mati, Kaleb memperisteri Efrat, yang melahirkan Hur baginya.

[20] Kemudian Hur beranakkan Uri, dan Uri beranakkan Bezaleel.

[21] Setelah itu, Hezron berkahwin dengan anak perempuan Makhir, ayah Gilead. Hezron memperisteri perempuan itu pada waktu dia berumur enam puluh tahun. Kemudian perempuan itu melahirkan Segub baginya.

[22] Segub beranakkan Yair, yang mempunyai dua puluh tiga buah kota di Tanah Gilead.

[23] Tetapi Gesur dan Aram merebut Hawot-Yair daripada mereka, juga Kenat dan kota-kota kecilnya sebanyak enam puluh buah kota semuanya. Itulah seluruh keturunan Makhir, ayah Gilead.

[24] Setelah Hezron mati di Kaleb Efrata, barulah Abia, isteri Hezron, melahirkan Asyur, bapa Tekoa.

[25] Anak-anak Yerahmeel, anak sulung Hezron: Ram, anak sulungnya, diikuti Buna, Oren, Ozem, dan Ahia.

[26] Yerahmeel juga mempunyai isteri lain yang bernama Atara. Dialah ibu Onam.

[27] Anak-anak Ram, anak sulung Yerahmeel: Maas, Yamin, dan Eker.

[28] Anak-anak Onam: Samai dan Yada. Anak-anak Samai: Nadab dan Abisur.

[29] Nama isteri Abisur ialah Abihail, yang melahirkan Ahban dan Molid baginya.

[30] Anak-anak Nadab: Seled dan Apaim. Seled mati tanpa meninggalkan zuriat.

[31] Anak-anak Apaim: Yisei. Selanjutnya anak Yisei ialah Sesan, dan anak Sesan ialah Ahlai.

[32] Anak-anak Yada, adik lelaki Samai: Yeter dan Yonatan. Yeter mati tanpa meninggalkan zuriat.

[33] Anak-anak Yonatan: Pelet dan Zaza. Itulah keturunan Yerahmeel.

[34] Sesan tidak ada anak lelaki, hanya ada anak perempuan. Tetapi Sesan mempunyai seorang hamba yang bernama Yarha dari Mesir.

[35] Sesan memberikan anak gadisnya kepada Yarha, hambanya itu, sebagai isteri. Lalu perempuan itu melahirkan Atai baginya.

[36] Atai beranakkan Natan; kemudian turun-temurunnya ialah Zabad,

[37] Eflal, Obed,

[38] Yehu, Azarya,

[39] Heles, Elasa,

[40] Sismai, Salum,

[41] Yekamya, Elisama.

[42] Anak-anak Kaleb, adik Yerahmeel: Mesa, anak sulungnya, bapa Zif; dan bani Maresa, bapa Hebron.

[43] Anak-anak Hebron: Korah, Tapuah, Rekem, dan Sema.

[44] Sema beranakkan Raham, iaitu ayah Yorkeam. Rekem beranakkan Samai.

[45] Anak Samai ialah Maon, dan Maon ialah ayah Bet-Zur.

[46] Efa, gundik Kaleb, melahirkan Haran, Moza, dan Gazes. Haran beranakkan Gazes.

[47] Anak-anak Yohdai: Regem, Yotam, Gesan, Pelet, Efa, dan Saaf.

[48] Maakha, gundik Kaleb, melahirkan Seber dan Tirhana.

[49] Perempuan itu juga melahirkan Saaf, bapa Madmana; dan Sewa, bapa Makhbena serta bapa Gibea. Anak perempuan Kaleb ialah Akhsa.

[50] Itulah keturunan Kaleb. Anak-anak Hur, anak sulung Efrata, ialah Syobal, bapa Kiryat-Yearim;

[51] Salma, bapa Betlehem; dan Haref, bapa Bet-Gader.

[52] Syobal, bapa Kiryat-Yearim, mempunyai keturunan, Haro'e, iaitu setengah daripada orang Menuhot.

[53] Kaum-kaum Kiryat-Yearim ialah orang Yetri, orang Puti, orang Sumati, dan orang Misrai. Daripada mereka inilah berasal orang Zora dan orang Esytaol.

[54] Anak-anak Salma: Betlehem, orang Netofa; Atarot-Bet-Yoab; dan setengah daripada orang Manahti, iaitu orang Zori.

[55] Kaum-kaum jurutulis, yang tinggal di Yabes ialah orang Tirati, orang Simati, dan orang Sukhati. Merekalah orang Keni keturunan Hamat, bapa keturunan kaum Rekhab.

1 Tawarikh — Chapters