Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 6:29

[1] Adam, Set, Enos,

[2] Kenan, Mahalaleel, Yared,

[3] Henokh, Metusalah, Lamekh,

[4] Nuh, dan seterusnya anak-anaknya, iaitu Sem, Ham, dan Yafet.

[5] Anak-anak Yafet: Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.

[6] Anak-anak Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma.

[7] Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.

[8] Keturunan Ham: Kush, Misraim, Put, dan Kanaan.

[9] Keturunan Kush: Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema: Syeba dan Dedan.

[10] Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi.

[11] Misraim beranakkan: Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim,

[12] Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.

[13] Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het,

[14] juga orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,

[15] orang Hewi, orang Arki, orang Sini,

[16] orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati.

[17] Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh.

[18] Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber.

[19] Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan.

[20] Yoktan beranakkan: Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,

[21] Hadoram, Uzal, Dikla,

[22] Ebal, Abimael, Syeba,

[23] Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan.

[24] Sem, Arpakhsad, Selah,

[25] Eber, Peleg, Rehu,

[26] Serug, Nahor, Terah,

[27] dan Abram, iaitu Abraham.

[28] Anak-anak Abraham ialah Ishak dan Ismael.

[29] Inilah salasilah mereka: Anak sulung Ismael ialah Nebayot, diikuti Kedar, Adbeel, Mibsam,

[30] Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,

[31] Yetur, Nafis, dan Kedma. Inilah anak-anak lelaki Ismael.

[32] Anak-anak Ketura, gundik Abraham: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isbak, dan Suah. Anak-anak Yoksan: Syeba dan Dedan.

[33] Anak-anak Midian: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa. Semuanya ini keturunan Ketura.

[34] Abraham beranakkan Ishak. Anak-anak Ishak ialah Esau dan Israel.

[35] Anak-anak Esau: Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.

[36] Anak-anak Elifas: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.

[37] Anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

[38] Anak-anak Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.

[39] Anak Lotan ialah Hori dan Homam; dan Timna ialah saudara perempuan Lotan.

[40] Anak-anak Syobal: Alyan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam. Anak Zibeon ialah Aya dan Ana.

[41] Anak Ana ialah Disyon. Anak-anak Disyon: Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran.

[42] Anak Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. Anak Disyan ialah Us dan Aran.

[43] Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta atas orang Israel: Bela anak Beor. Nama kotanya ialah Dinhaba.

[44] Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya.

[45] Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya.

[46] Setelah Husyam mati, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di daerah Moab, menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Awit.

[47] Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menaiki takhta menggantikannya.

[48] Setelah Samla mati, Saul dari Rehobot yang terletak di tepi sungai, menaiki takhta menggantikannya.

[49] Setelah Saul mati, Baal-Hanan anak Akhbor menaiki takhta menggantikannya.

[50] Setelah Baal-Hanan mati, Hadad menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Pahi. Nama isterinya ialah Mehetabeel anak Matred anak Mezahab.

[51] Setelah itu, Hadad pun mati. Para ketua kaum di Edom termasuk: Ketua kaum Timna, ketua kaum Alya, ketua kaum Yetet,

[52] ketua kaum Oholibama, ketua kaum Ela, ketua kaum Pinon,

[53] ketua kaum Kenas, ketua kaum Teman, ketua kaum Mibzar,

[54] ketua kaum Magdiel, dan ketua kaum Iram. Itulah para ketua kaum di Edom.

1 Tawarikh — Chapters