[1] Inilah keturunan Sem, Yafet, dan Ham, anak-anak Nuh. Selepas banjir itu, ketiga-tiga mereka mendapat anak lelaki.
[2] Inilah anak-anak Yafet: Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
[3] Keturunan Gomer ialah penduduk Askenas, Rifat, dan Togarma.
[4] Keturunan Yawan ialah penduduk Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.
[5] Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.
[6] Inilah keturunan Ham: Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan.
[7] Keturunan Kus ialah penduduk Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah penduduk Syeba dan Dedan.
[8] Kus mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Nimrod. Nimrod menjadi seorang penakluk agung yang pertama sekali di dunia.
[9] Dengan pertolongan TUHAN, Nimrod menjadi seorang pemburu yang ulung. Oleh itu orang berkata, “Semoga TUHAN menjadikan kamu pemburu yang ulung seperti Nimrod.”
[10] Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia.
[11] Dari sana, Nimrod pergi ke Asyur lalu membina kota Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,
[12] dan Resen, yang terletak di antara Niniwe dan Kalah, sebuah kota yang besar.
[13] Keturunan Mesir ialah penduduk Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
[14] Patrusim, Kasluhim, dan Kaftorim, nenek moyang bangsa Filistin.
[15] Anak Kanaan ialah Sidon yang sulung, dan Het.
[16] Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,
[17] Hewi, Arki, Sini,
[18] Arwadi, Semari, dan Hamati. Keturunan suku-suku Kanaan itu terserak jauh
[19] sampai ke sempadan negeri mereka dan meluas dari Sidon ke selatan menuju Gerar, sampai ke Gaza, dan ke timur menuju Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.
[20] Mereka semua keturunan Ham. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
[21] Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani.
[22] Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.
[23] Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas.
[24] Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.
[25] Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan.
[26] Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,
[27] Hadoram, Uzal, Dikla,
[28] Obal, Abimael, Syeba,
[29] Ofir, Hawila, dan Yobab. Mereka semua keturunan Yoktan.
[30] Daerah tempat tinggal mereka meluas dari Mesa ke Sefar, kawasan pergunungan di sebelah timur.
[31] Mereka semua keturunan Sem. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
[32] Mereka semua keturunan Nuh, suku demi suku, menurut jurai keturunan masing-masing. Selepas banjir itu, semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh.