[1] Pernyataan ilahi. Firman Tuhan datang atas Tanah Hadrakh dan akan berhenti di Damsyik – kerana mata manusia dan mata semua suku orang Israel tertuju kepada Tuhan,
[2] juga atas Hamat, yang berbatasan dengannya, serta atas Tirus dan Sidon, walaupun mereka sangat bijak.
[3] Tirus membina bagi dirinya suatu kubu. Ditimbuninya perak seperti debu dan emas seperti lumpur di jalan.
[4] Tetapi Tuhan akan mengambil harta miliknya dan memukul kekuatannya di laut, lalu ia akan musnah dimakan api.
[5] Askelon akan melihatnya lalu menjadi takut, Gaza akan sangat gementar dan juga Ekron, kerana harapan besarnya mengecewakan. Raja Gaza akan binasa dan Askelon tidak akan dihuni lagi.
[6] Suatu keturunan campuran akan tinggal di Asdod. "Aku akan melenyapkan keangkuhan orang Filistin.
[7] Aku akan menyingkirkan darah daripada mulutnya dan kejijikan dari antara giginya. Saki-baki orangnya pun akan menjadi milik Allah kita dan menjadi seperti ketua kaum di Yehuda. Orang Ekron akan seperti orang Yebus.
[8] Aku akan mendirikan khemah dekat Bait-Ku sebagai pengawal sehingga tidak ada seorang pun yang lalu-lalang. Tidak akan ada lagi penindas melintasinya, kerana sekarang Aku sendiri mengawasinya."
[9] Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.
[10] "Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi."
[11] "Mengenai engkau, kerana darah perjanjian-Ku denganmu, Aku akan melepaskan orang tahananmu dari lubang tutupan yang tidak berair.
[12] Kembalilah ke kubu, wahai para tahanan yang penuh harapan! Hari ini juga Kuberitahukan kepadamu bahawa Aku akan mengganti kerugianmu dua kali lipat.
[13] Aku akan melenturkan Yehuda seperti busur dan mengisinya dengan anak panah-Ku, Efraim. Aku akan membangkitkan para anakmu, wahai Sion, untuk melawan para anakmu, wahai Yunani. Engkau akan Kujadikan seperti pedang seorang kesateria."
[14] Tuhan akan menampakkan diri kepada mereka dan anak-anak panah-Nya akan membedil seperti kilat. Tuhan Allah akan meniup sangkakala dan akan bergerak maju dalam badai dari sebelah selatan.
[15] Tuhan alam semesta, akan melindungi mereka. Mereka akan memusnahkan dan menginjak-injak batu-batu tarbil. Mereka akan minum dan meraung seolah-olah mabuk dengan air anggur, dan diisi penuh seperti mangkuk, dibasahi seperti penjuru-penjuru mazbah.
[16] Pada hari itu Tuhan, Allah mereka, akan menyelamatkan mereka sebagai kawanan domba umat-Nya. Sungguh, mereka seperti permata-permata mahkota yang berkilau-kilauan di tanah-Nya.
[17] Sungguh, betapa agung kebaikannya dan betapa agung keindahannya! Para pemuda akan bertumbuh kerana gandum dan para perawan kerana air anggur baru.