Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 5:48

[1] Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun,

[2] "Orang Israel harus berkhemah berdekatan bendera masing-masing dengan lambang kaum keluarganya. Khemah mereka harus didirikan berkeliling menghadap Khemah Pertemuan.

[3] Mereka yang di bawah panji-panji pasukan Yehuda harus berkhemah di sebelah timur, arah matahari terbit, menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Yehuda ialah Nahason anak Aminadab.

[4] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 74,600 orang.

[5] Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Isakhar. Pemimpin bani Isakhar ialah Netaneel anak Zuar.

[6] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 54,400 orang.

[7] Selanjutnya suku Zebulon. Pemimpin bani Zebulon ialah Eliab anak Helon.

[8] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 57,400 orang.

[9] Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Yehuda menurut pasukan mereka ialah 186,400. Mereka harus berangkat lebih dahulu.

[10] Di sebelah selatan hendaklah ada panji-panji pasukan Ruben menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Ruben ialah Elizur anak Syedeur.

[11] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 46,500 orang.

[12] Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Simeon. Pemimpin bani Simeon ialah Selumiel anak Zurisyadai.

[13] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 59,300 orang.

[14] Selanjutnya suku Gad. Pemimpin bani Gad ialah Elyasaf anak Rehuel.

[15] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 45,650 orang.

[16] Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Ruben ialah 151,450 orang, menurut pasukan mereka. Mereka harus berangkat dalam kumpulan kedua.

[17] Setelah itu, Khemah Pertemuan harus dibawa berangkat bersama-sama rombongan bani Lewi, di tengah-tengah pasukan-pasukan itu. Sama halnya seperti ketika mereka berkhemah, iaitu masing-masing di tempatnya menurut panji-panji mereka, demikianlah juga mereka harus berangkat.

[18] Di sebelah barat haruslah ada panji-panji pasukan Efraim menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Efraim ialah Elisama anak Amihud.

[19] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 40,500 orang.

[20] Berdekatan dengannya harus ada suku Manasye. Pemimpin bani Manasye ialah Gamaliel anak Pedazur.

[21] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 32,200 orang.

[22] Selanjutnya suku Benyamin. Pemimpin bani Benyamin ialah Abidan anak Gideoni.

[23] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 35,400 orang.

[24] Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Efraim ialah 108,100 orang, menurut pasukan mereka. Mereka harus berangkat dalam kumpulan ketiga.

[25] Di sebelah utara haruslah ada panji-panji pasukan Dan menurut pasukan mereka. Pemimpin bani Dan ialah Ahiezer anak Amisyadai.

[26] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 62,700 orang.

[27] Yang akan berkhemah berdekatan mereka ialah suku Asyer. Pemimpin bani Asyer ialah Pagiel anak Okhran.

[28] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 41,500 orang.

[29] Selanjutnya suku Naftali. Pemimpin bani Naftali ialah Ahira anak Enan.

[30] Pasukannya yang dihitung berjumlah seramai 53,400 orang.

[31] Jadi, jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan Dan ialah 157,600 orang. Mereka harus berangkat terakhir, menurut panji-panji mereka."

[32] Itulah orang Israel yang dihitung menurut kaum keluarga mereka. Jumlah semua orang yang dihitung dalam pasukan-pasukan itu menurut pasukan masing-masing ialah 603,550 orang.

[33] Akan tetapi, bani Lewi tidak turut dihitung bersama dengan orang Israel, seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa.

[34] Demikianlah dilakukan oleh orang Israel. Selaras dengan segala yang diperintahkan Tuhan kepada Musa, demikianlah mereka berkhemah menurut panji-panji mereka, dan demikian pulalah mereka berangkat, masing-masing menurut kaum serta keluarganya.

Bilangan — Chapters