[1] Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh orang Israel, yang negeri mereka diduduki orang Israel di seberang Sungai Yordan ke arah matahari terbit, dari Sungai Arnon sampai ke Gunung Hermon, dan seluruh Araba ke sebelah timur:
[2] Sihon, raja bani Amori yang tinggal di Hesbon. Dia memerintah wilayah dari Aroer di tepi Lembah Arnon, baik wilayah di tengah lembah itu mahupun setengah wilayah Gilead, sampai ke Sungai Yabok, sempadan daerah bani Amon;
[3] dan juga wilayah Araba sampai ke Danau Kineret di arah timur hingga ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, ke arah Bet-Yesimot, lalu terus ke sebelah selatan sampai di kaki lereng Gunung Pisga.
[4] Raja seterusnya ialah Og, raja Basan, seorang daripada saki-baki orang Refaim yang tinggal di Astarot dan di Edrei.
[5] Dia memerintah Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan sampai ke sempadan daerah bani Gesur dan bani Maakha, juga setengah daripada wilayah Gilead sampai ke sempadan daerah Sihon, raja Hesbon.
[6] Mereka ditewaskan oleh Musa, hamba Tuhan itu, dan orang Israel. Lalu Musa, hamba Tuhan itu, memberikan daerah itu kepada suku Ruben, suku Gad, dan separuh suku Manasye untuk menjadi milik mereka.
[7] Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh Yosua dan orang Israel di sebelah barat Sungai Yordan, iaitu dari Baal-Gad di Lembah Lebanon sampai ke Gunung Halak yang menanjak ke Seir (Yosua memberikan negeri itu kepada suku-suku Israel menjadi milik mereka menurut pembahagian mereka,
[8] baik di pergunungan, di dataran rendah, di Araba, di lereng-lereng gunung, di gurun, mahupun di Tanah Negeb, iaitu negeri bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus):
[9] raja Yerikho – satu raja Ai (di sebelah Betel) – satu
[10] raja Yerusalem – satu raja Hebron – satu
[11] raja Yarmut – satu raja Lakhis – satu
[12] raja Eglon – satu raja Gezer – satu
[13] raja Debir – satu raja Geder – satu
[14] raja Horma – satu raja Arad – satu
[15] raja Libna – satu raja Adulam – satu
[16] raja Makeda – satu raja Betel-El – satu
[17] raja Tapuah – satu raja Hefer – satu
[18] raja Afek – satu raja Lasaron – satu
[19] raja Madon – satu raja Hazor – satu
[20] raja Simron-Meron – satu raja Akhsaf – satu
[21] raja Taanakh – satu raja Megido – satu
[22] raja Kedesh – satu raja Yokneam di Karmel – satu
[23] raja Dor di Dataran Tinggi Dor – satu raja Goyim di Gilgal – satu
[24] raja Tirza – satu. Jumlah raja itu tiga puluh satu orang semuanya.