Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:53

[1] "Efraim menjadikan angin makanannya dan mengejar angin timur sepanjang hari. Mereka melipatgandakan kebohongan dan kemusnahan, mereka mengikat perjanjian dengan Asyur dan membawa minyak ke Mesir."

[2] Tuhan berperkara dengan Yehuda. Dia akan menghukum bani Yakub setimpal dengan perilaku mereka, dan membalas mereka selaras dengan segala perbuatan mereka.

[3] Semasa di dalam kandungan, Yakub memegang tumit saudaranya, dan dalam keperkasaannya dia bergelut dengan Allah.

[4] Dia bergelut dengan malaikat dan menang, lalu dia menangis dan memohon belas kasihan-Nya. Dia bertemu dengan Dia di Betel dan di sanalah Dia berfirman kepada kita –

[5] Tuhan, Allah alam semesta. Tuhan, itulah nama-Nya –

[6] "Engkau harus kembali kepada Allahmu. Berpegang teguhlah pada kasih dan keadilan, dan sentiasa tunggulah Allahmu."

[7] Dia seorang pedagang, di tangannya ada neraca tipu daya. Dia suka menindas.

[8] Efraim berkata, "Sungguh, aku telah menjadi kaya. Aku telah memperoleh harta. Dalam segala jerih lelahku tidak akan didapati padaku kesalahan yang disebut dosa."

[9] "Tetapi Akulah Tuhan, Allahmu, sejak di Tanah Mesir. Aku akan membuat kamu tinggal di dalam khemah lagi seperti pada hari perayaan yang ditetapkan.

[10] Aku berfirman kepada para nabi, memberi mereka banyak penglihatan, dan dengan perantaraan para nabi itu Kugunakan ibarat.

[11] Jika ada kejahatan di Gilead, maka kesemuanya pasti menjadi sia-sia. Di Gilgal mereka mengorbankan lembu-lembu jantan, maka mazbah-mazbah berhala mereka pun menjadi seperti timbunan batu di alur-alur ladang."

[12] Yakub melarikan diri ke daerah Aram. Di sana Israel menghambakan diri untuk mendapat isteri, ya, untuk mendapat isteri dia menjadi gembala.

[13] Lalu dengan perantaraan seorang nabi, Tuhan membawa Israel keluar dari Mesir, dengan perantaraan seorang nabi dia terpelihara.

[14] Efraim telah membangkitkan murka-Nya secara getir, sebab itu Tuhannya akan menanggungkan darahnya atas dirinya sendiri dan memberikan balasan terhadap perbuatan celanya.

Hosea — Chapters