Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:39

[1] Sudah tiba pihak yang mengucar-ngacirkan menentang kamu. Jagalah kubu, intailah jalan, ikatlah pinggangmu, kerahkanlah kekuatanmu dengan bersungguh-sungguh!

[2] Tuhan akan memulihkan keagungan Yakub seperti keagungan Israel, kerana para penjarah telah menjarahnya dan memusnahkan cabang-cabangnya.

[3] Perisai para kesaterianya merah, merah menyala pakaian anggota tenteranya yang gagah perkasa. Berkilat-kilat memancar keluli pada rata-rata pada hari persiapannya. Tombak-tombak sanubar diayunkan.

[4] Rata-rata dipacu bergegas-gegas di jalan, berlari ke sana ke mari di lapangan. Bercahaya-cahaya seperti obor larinya seperti kilat.

[5] Para perwiranya dikerahkan, mereka tersandung ketika mara. Mereka bersegera ke tembok kota, dan alat pengepungan telah disiapkan.

[6] Pintu-pintu gerbang dekat sungai terbuka, istana gempar.

[7] Permaisuri ditelanjangi lalu dia dibawa pergi, para dayangnya meratap dan mengerang dengan suara seperti burung merpati, sambil memukuli dada sendiri.

[8] Niniwe seperti kolam air sejak zaman dahulu, tetapi semuanya itu mengalir lenyap. Orang berteriak, "Bertahan! Bertahan!" tetapi tidak ada yang berpaling.

[9] Rampaslah perak, rampaslah emas. Tidak ada habisnya khazanah itu, kelimpahan segala barang yang indah-indah.

[10] Kosong, lengang, dan tandus! Hati tawar, lutut berhantukan, nyeri sekujur pinggang, dan muka semua orang berubah menjadi pucat.

[11] Di manakah sarang singa, tempat singa muda mencari makanan, tempat singa jantan dan singa betina berjalan dengan anak singa, tanpa ada yang mengusik?

[12] Singa mencabik secukupnya bagi anak-anaknya dan mencekik mangsa bagi betina-betinanya. Singa memenuhi guanya dengan mangsa dan sarangnya dengan daging yang dikoyak-koyak.

[13] "Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawanmu," demikianlah firman Tuhan alam semesta. "Aku akan membakar rata-rata kamu sehingga menjadi asap dan pedang akan melahap singa-singa mudamu. Aku akan melenyapkan mangsamu daripada muka bumi dan suara para utusanmu tidak akan kedengaran lagi."

Nahum — Chapters