BTBeS.FM
BTBeS.FM

BTBeS.FM

MEMPERKASAKAN KREATIVITI GENERASI BAHARU (MKGB)

SCHOOL INTERNET RADIO (SIR)

SK BUKIT TOK BENG 2024

“...Bukan Sekadar Hiburan Tapi Juga Mendidik..”

SIR adalah satu kurikulum sampingan yang dijalankan secara “...Proof Of Concept...” (POC) telah menarik minat murid serta para pelajar dan berjalan dengan lancarnya sehingga ke hari ini.

 

APAKAH ITU S.I.R ?

    Satu perisian aplikasi berasaskan IT radio

    Murid dan pelajar-pelajar dilatih menjadi penyampai (DJ Radio)

    Kandungan dikemaskini setiap hari

    Mudah diakses di mana jua selagi ada internet

    Siaran dijalankan 24jam sehari

    Pelajar boleh menyertai pertandingan seperti DJ pilihan, Skrip terbaik, Penyusun Susunan Rancangan Terbaik dan pemenang akan di berikan anugerah/sijil penyertaan yang berkenaan

    Program harian termasuk Pembelajaran Bahasa, Bahasa Inggeris, Slot kuiz, Mata pelajaran Matematik, Sains Dan Penyelidikan, Persembahan dan sebagainya.

 EVOLUSI & INOVATIF SCHOOL INTERNET RADIO (S.I.R)

Dalam era  pembangunan dan teknologi yang berkembang  terdapat banyak pilihan, bagaimana masa kita. kadangkala masa kita habiskan dengan mendengar  radio masih berada di kedudukan  sebagai salah satu aktiviti riadah yang tertinggi di Malaysia.


Lebih  90% daripada penduduk Malaysia mendengar radio untuk sekurang-kurangnya lima minit setiap hari. 

Dengan memiliki sebuah stesen internet radio sekolah, ia akan menyediakan peluang yang unik untuk sekolah bagi menggunakan kaedah konvensional pembelajaran berasaskan bilik darjah. School Internet Radio membuka satu jalan mudah ,hands-on dan sangat menarik minat pelajar-pelajar menikmatinya pada masa kini. Radio juga adalah sebagai penyampaian kurikulum yang kreatif kepada pelajar-pelajar menggunakan kaedah ini.

School Internet Radio ( SIR ) ini akan dimulakan di peringkat sekolah rendah bagi mendekati pelajar-pelajar dengan dunia penyiaran dan persembahan. Menjadikan satu  aktiviti kurikulum di sekolah supaya pelajar-pelajar dapat didedahkan di peringkat awal.  Cadangan siaran adalah di hari persekolahan setelah tamat waktu persekolahan dan dibantu oleh guru- guru yang akan diberikan latihan  awal tentang kemudahan ini. Modul siaran juga akan disediakan oleh pihak guru yang mendapat pengesahan dari Kementerian Pendidkan  Malaysia.

SCHOOL INTERNET RADIO (S.I.R) DAN STEM

ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Dalam erti kata lain, STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian di peringkat tertiari seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer.

SCHOOL INTERNET RADIO DAN PENDIDIKAN STEM

Dengan menjadikan SCHOOL INTERNET RADIO sebagai wadah yang baharu dunia Pendidikan dalam bidang ini merupakan pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar (PROOF OF CONCEPT) dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat ke arah memacu pembangunan ekonomi negara.

Dalam erti kata yang lain, pendidikan melalui INTERAKTIF di udara ini adalah berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.

KELEBIHAN SCHOOL INTERNET RADIO (S.I.R) SEIRING DENGAN PEMBELAJARAN STEM

Sebagai alternatif menyebarluaskan pengetahuan STEM sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global melalui saluran interaktif.

Modal insan ( penyampai radion berkaliber) (pengendali siaran) yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ini diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global.

Menjadikan pelajar lebih berdaya saing(pandai dan petah berbicara, tidak malu untuk mengeluarkan pendapat di khalayak umum dan melahirkan prestij dan brand yang tersendiri.

Murid yang mahir dalam sains Dan Teknologi kerana di SCHOOL INTERNET RADIO (S.I.R) semuanya menggunakan teknologi semasa yang advance.

 CONTOH PROGRAM SCHOOL INTERNET RADIO (SIR)

Contoh Dan Perancangan Segmen Sepanjang Minggu

 

AHAD

Bacaan Quran                                          

8.30  Pagi

2.30 Petang    

7.30 Malam

BORAK KERJAYA STEM BERSAMA GURU SAINS ANDA                                        

9.00  Pagi   

3.00 Petang    

8.00 Malam

Learn A Word A Day                           

9.30  Pagi   

3.30 Petang    

8.30 Malam

SLOT MOTIVASI DIRI BERSAMA KAUNSELOR ANDA                                      

10.0 Pagi   

4.00 Petang    

9.00 Malam

Kenali DJ anda                                     

10.30 Pagi    

4.30 Petang   

9.30 Malam 

 

ISNIN

Bacaan Quran                                       

8.30 Pagi      

2.30 Petang    

7.30 Malam

KENALI BIDANG STEM DAN TEROKAINYA                                   

9.00 Pagi     

3.00 Petang    

8.00 Malam

Learn A Word A Day                               

9.30pagi     

3.30petang   

8.30malam

Kesantunan Berbahasa                          

10.00pagi   

4.00petang   

9.00malam

Kenali DJ anda                                        

10.30pagi

4.30petang

9.30malam 

 

SELASA

Bacaan Quran   

                                           

8.30pagi    

2.30petang    

7.30malam

Sabda Rasulullah SAW                            

9.00pagi   

3.00petang    

8.00malam

Learn A Word A Day                              

9.30pagi    

3.30petang    

8.30malam

Uji Minda /Vocabulary Station               

9.40pagi   

3.40petang    

8.40malam

Sains Dan Manusia                                 

10.00pagi    

4.00petang   

9.00malam

Kenali DJ anda                                    

10.30pagi   

4.30petang   

9.30malam 

 

RABU

Bacaan Quran                                               -

8.30pagi      

2.30petang   

7.30malam

Tahukah Anda?                                           

9.00pagi     

3.00petang    

8.00malam

Learn A Word A Day                                

9.30pagi      

3.30petang    

8.30malam

Menguji Minda                                     

10.00pagi   

4.00petang  

  9.00malam

Kenali DJ anda  

                                            

10.30pagi    

4.30petang    

9.30malam

 

KHAMIS

Bacaan Quran                                        

8.30pagi      

2.30petang    

7.30malam

Antara Larangan Serta Perintah Allah      

9.00pagi      

3.00petang    

8.00malam

Learn A Word A Day                                

9.30pagi     

3.30petang    

8.30malam

Lets Learn Bahasa Tranung!!      

                         

10.00pagi    

4.00petang    

9.00malam

Kenali DJ anda                                    

10.30pagi   

4.30petang   

9.30malam

 

Announcement

October 2, 2024

ASSALAMUALAIKUM WBKTH SEMUA..

APA KHABAR SEMUA WARGA SEKOLAH BTBeS.FM.SEMOGA SEMUA SIHAT SEJAHTERA