
Ekstrak Rumpai Laut sebagai Biostimulan Semula Jadi: Kesan pada Pertumbuhan
Podcast Agro Pintar
Seaweed Extract – Biostimulan Semula Jadi untuk Tumbuhan
Dalam dunia pertanian moden, biostimulan semakin menjadi pilihan ramai kerana keupayaannya meningkatkan prestasi tanaman secara semula jadi tanpa bergantung kepada bahan kimia keras. Salah satu komponen biostimulan yang menarik perhatian ialah ekstrak rumpai laut (seaweed extract) — ia berasal daripada alga laut dan kaya dengan bahan bioaktif seperti hormon tumbuhan semula jadi (auxin, cytokinin, gibberellin), vitamin, mineral dan asid amino.
Tumbuhan yang disembur dengan ekstrak rumpai laut menunjukkan beberapa manfaat yang boleh dilihat dari segi pertumbuhan akar, daun dan keseluruhan kekuatan. Kajian mendapati aplikasi rumpai laut dapat:
- menguatkan perkembangan akar, membantu pokok menyerap air dan nutrien lebih cekap;meningkatkan aktiviti mikroba tanah, yang menyokong kesihatan tanah secara keseluruhan;meningkatkan toleransi terhadap tekanan seperti panas, kekeringan dan saliniti; sertamenyokong pengeluaran bunga dan buah yang lebih baik.
Secara asasnya, ekstrak rumpai laut bertindak seperti “rangsangan semula jadi kepada tanaman.” Ia tidak memberi nutrien seperti baja biasa, tetapi mengaktifkan proses dalaman pokok supaya nutrien yang ada dapat dimanfaatkan lebih cekap dan tanaman dapat berfungsi pada tahap maksimum. Ini juga bermaksud penggunaan baja boleh menjadi lebih efektif dengan sokongan biostimulant seperti ini.
NutriBoost, juga satu produk yang berasaskan bioostimulant semulajadi yang membantu proses fisiologi tanaman. Aplikasi secara konsisten– dapat memperbaiki serapan nutrien, merangsang pertumbuhan dan mengurangkan stres pada tanaman.
Dalam keadaan pertanian hari ini yang menghadapi cabaran cuaca tak menentu dan keperluan hasil yang berkualiti, pendekatan seperti penggunaan biostimulant semula jadi boleh menjadi salah satu strategi lestari untuk meningkatkan produktiviti tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan makanan.
Grab Booster Agro Pintar sekarang klik link dibawah
https://vt.tiktok.com/ZSNEakA1X/ (kedai tiktok) atau
http://shopee.com.my/pap_76 (Shopee) atau https://s.lazada.com.my/s.7AVZa (Lazada)
atau http://wa.me/60143228173 (whatsapp)
Ikutilah laman sosial kami untuk perkembangan selanjutnya.
Facebook Perkhidmatan Agro Pintar: https://www.facebook.com/p.agropintar
Website: www.agropintar.com
TikTok: https://www.tiktok.com/@agropintar