Skip to content
Opens in a new window
Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?
10 July 2026

Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?

No Tapis

About

Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?

Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).

Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda: 

    Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok? Perlukah kita risau dengan bahasa rojak?  Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu?  Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman?

Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

See omnystudio.com/listener for privacy information.