Skip to content
Opens in a new window
KS EP213 | The Journey of Thailand’s Almost Prime Minister: Pita Limjaroenrat
28 September 2026

KS EP213 | The Journey of Thailand’s Almost Prime Minister: Pita Limjaroenrat

Keluar Sekejap

About

Dalam episod kali ini, Keluar Sekejap membawakan temu bual khas bersama Pita Limjaroenrat, bekas pemimpin Move Forward Party dan tokoh politik Thailand yang hampir menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2023.Pita berkongsi perjalanan politiknya — daripada latar belakang sebagai konsultan di Boston Consulting Group, pengalaman bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan, hinggalah kemunculan Future Forward Party dan kejayaan Move Forward dalam pilihan raya Thailand.Perbualan turut menyentuh pengalaman Pita berdepan pembubaran parti, proses politik dan undang-undang yang menghalangnya daripada membentuk kerajaan, serta bagaimana beliau melihat masa depan demokrasi dan politik Thailand.Selain politik, Pita turut mengupas cabaran ekonomi Thailand, kebergantungan kepada eksport, sektor pertanian dan beras, dasar fiskal, ketidaksamaan ekonomi, perubahan demografi serta fenomena 'voter fatigue' dalam kalangan rakyat.Beliau juga berkongsi pandangan tentang bagaimana generasi muda boleh mengambil tempat dalam politik, pembinaan kepimpinan generasi seterusnya, isu bandar dan luar bandar, serta pengalaman peribadinya sebagai seorang bapa dan ahli politik.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my#KeluarSekejap #PitaLimjaroenrat #Thailand #Politics #Malaysia #ASEAN #Democracy #MoveForwardParty