Skip to content
Opens in a new window
EP215 | Analisis Belanjawan 2027
14 October 2026

EP215 | Analisis Belanjawan 2027

Keluar Sekejap

About

Episod 215 Keluar Sekejap membincangkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Perbincangan meneliti skala perbelanjaan negara, keutamaan fiskal kerajaan serta persoalan sama ada belanjawan ini lebih tertumpu kepada pertimbangan pilihan raya atau usaha memperkukuh ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.Episod ini turut mengupas beberapa langkah utama dalam belanjawan, termasuk pelepasan cukai individu, kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 serta implikasinya terhadap golongan berpendapatan sederhana, pekerja dan perusahaan kecil dan sederhana.Selain itu, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan membincangkan cabaran struktur kewangan negara, termasuk keperluan memperluas asas cukai, kos subsidi kerajaan, pertumbuhan perbelanjaan pembangunan serta kepentingan reformasi ekonomi bagi memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan.🎁 PROMO KHAS PENDENGAR KS 🎁Gunakan kod promosi KSWELCOME20 untuk menikmati bonus pendaftaran sebanyak RM20 ke dalam Credit Wallet anda!Cara untuk menebus promosi:1. Daftar akaun baharu di GV Ride.2. Masukkan kod promosi KSWELCOME20 pada ruangan kod promosi.3. Klik butang “Claim Now” selepas pendaftaran berjaya untuk menerima RM20 ke dalam Credit Wallet anda.Jangan lepaskan peluang ini! Terima kasih kerana terus menyokong Keluar Sekejap dan rakan penaja kami, GV Ride.