Skip to content
Opens in a new window
EP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200JEP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200J
24 July 2026

EP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200JEP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200J

Keluar Sekejap

About

Episod 206 Keluar Sekejap membincangkan analisis mendalam mengenai perkembangan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk kemunculan persefahaman politik baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan pertembungan sesama parti dalam Kerajaan MADANI.


Turut dibincangkan ialah kontroversi penutupan Network School di Forest City selepas timbul dakwaan melibatkan seorang individu yang didakwa memiliki pasport Israel. Apakah fakta sebenar di sebalik isu ini, dan bagaimana ia memberi kesan kepada imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pendidikan antarabangsa?


Episod ini turut meneliti kerugian pelaburan KWAP sebanyak RM200 juta dalam syarikat akuakultur Indonesia, eFishery. Apakah yang sebenarnya berlaku, bagaimana dana persaraan awam boleh terdedah kepada risiko sebesar ini, dan apakah pengajaran yang perlu diambil bagi memastikan tadbir urus pelaburan yang lebih baik pada masa hadapan?