EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa
11 February 2026

EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa

Keluar Sekejap

About

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my