
Kami di Keluar Sekejap ucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan penonton yang setia bersama kami sepanjang 2025! Keluar Sekejap Episod 183 merupakan episod penutup bagi tahun 2025 yang merumuskan perkembangan utama sepanjang tahun serta jangkaan untuk 2026. KJ dan Shahril mengupas landskap politik 2025, perkembangan ekonomi, serta isu-isu antarabangsa yang memberi kesan kepada Malaysia. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap prestasi Keluar Sekejap sepanjang 2025, di samping perkongsian perancangan awal bagi tahun hadapan.Episod ringkas untuk menutup 2025 dan menetapkan konteks perbincangan bagi 2026!Episod ini dibawakan khas oleh Merrytime, sebuah platform industri maritim yang menyediakan perkhidmatan profesional berfokus kepada sektor maritim dan perkapalan. Merrytime akan menganjurkan Career Talk terbuka, dan syarikat serta individu yang berminat dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah PERCUMA untuk syarikat dengan menggunakan kod promosi "KS x Merrytime". Promosi ini terbuka sehingga 31 Disember 2025, Daftar Sekarang! Layari www.merrytime.proSebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel : hola@merrytime.pro00:00 Intro00:31 Rakan Episod 183 : Merrytime14:42 Mengimbas Tahun 2025, Apa Isu Politik Paling Hangat 2025?51:58 Dari Hal Kita ke Luka Mereka, Realiti Antarabangsa01:04:06 Pendengar, Demografi & Episod Paling Popular 2025